Warkah buat rakyat Kelantan

Warkah buat rakyat Kelantan

Warkah buat rakyat Kelantan.

Ini bukan mengundi Tukar Kerajaan Negeri Kelantan , tapi ini undi untuk lantik Anwar sebagai Perdana Menteri.

1. Semua orang tahu rakyat Kelantan bijak, ketuai banyak jabatan kerajaan, pandai berniaga.

2. Kita syukur dididik oleh Ulama sejak dulu, sebabkan rakyat kelantan ada kualiti ini walaupun kita terpaksa berbakti di luar Kelantan.

3. Murabi kita Almarhum TG Nik Aziz pernah kata:

“Soal Anwar Ibrahim ini, orang yang ada kelayakan menjadi Perdana Menteri, dia ni bekas menteri kewangan dan dia tahu selok belok. Dia ada pelajaran, dikenali peringkat antarabangsa, memang layak dia jadi perdana menteri. Tiba-tiba orang taknak bui (bagi) dia jadi PM. Macam-macam ikhtiar dibuat.

Allah taala AKAN JAHANAMKAN orang jahat ni. InsyaAllah.”

4. Kalau nak Pertahan Kerajaan Negeri Kelantan, itu pilihan anda. Tapi PRU15 kali ini bukan soal Kelantan, tapi soal masa depan Malaysia. Malaysia dalam bahaya. Ekonomi kita sedang runtuh.

5. Undi anda adalah undi mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Bekas Menteri Kewangan TERBAIK ASIA. Satu negara harapkan anda.

6. Dalam 3 tahun terakhir, 9 ahli parlimen Kelantan ada dalam kerajaan Pusat PN dan BN. Tapi kita pun tahu, tak banyak sumbangan dapat dibuat untuk rakyat Kelantan.

7. Hanya PH yang kembalikan ROYALTI hak milik kita rakyat Kelantan. UNTUK PERTAMA KALI. 400juta. Bukan soal amount. Tapi pengiktirafan.

8. Bukankah itu perjuangan yang dimulakan oleh Datuk Husam, apa kata beri undi kepada beliau dan rakan2 sebagai tanda terima kasih kepada Beliau. Kita tau ramai orang PAS marah padanya, tapi dia bukan tinggalkan PAS, tapi DIPECAT sebab kata benda yang akhirnya terbukti benar.

9. Kita perlu Parlimen Pasir Mas, Kota Bharu, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa, Rantau Panjang, Bachok, Ketereh, Tanah Merah, Pasir Putih, Machang, Jeli, Kuala Krai dan Tumpat untuk angkat Anwar sebagai PM.

10. Rakyat Malaysia betul-betul harapkan anda sekarang ini. Baliklah mengundi Pakatan Harapan walaupun terpaksa merangkak.

11. Semoga Pahala kebaikan atas islah yang dibuat akan mengalir ke akaun anda di akhirat kelak InsyaAllah.

DARI RAKYAT KELANTAN DIPERANTAUN
11/11/2022

Bantu kami sebar kepada group fb Kelantan. Bantu kami di harapan.my/dana untuk sebarluas mesej ini.

Warkah buat rakyat Kelantan

Warkah buat rakyat Kelantan

Warkah buat rakyat Kelantan

Warkah buat rakyat Kelantan