Warga emas berputih mata disamun di hadapan rumah anak oleh 2 lelaki berparang

Warga emas berputih mata disamun di hadapan rumah anak oleh 2 lelaki berparang. Seorang warga emas berputih mata apabila disamun di hadapan rumah anaknya di Bandar Tun Razak di sini, kira-kira 9 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras, Muhammad Idzam Jaafar berkata, wanita berusia 77 tahun itu disamun dua lelaki tempatan bersenjatakan parang yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna biru hitam.
Katanya, klip video kejadian itu yang tular dalam media sosial menunjukkan suspek menarik dua utas rantai leher dan memotong dua utas gelang tangan mangsa menggunakan gunting pemotong, sebelum melarikan diri menaiki motosikal bernombor pendaftaran palsu.
Turut baca
- Tertekan buat persiapan kahwin, lelaki gantung diri tiga hari sebelum majlis
- Lelaki terjun jambatan ditemui mati selepas 36 jam
- {VIDEO} Mak ayah leka, tak sedar dah sejam anak tak ada dalam kereta tertinggal di RnR
“Mangsa mengalami kecederaan luka di tangan dan jumlah kerugian dianggarkan RM25,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, polis sedang mengesan dua suspek terbabit dan memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras 013-2165881, hotline polis Kuala Lumpur 03-2146 0584/585 atau mana-mana balai polis berdekatan.