Wanita warga emas maut, kereta rempuh kenderaan di parkir

Wanita warga emas maut, kereta rempuh kenderaan di parkir

Wanita warga emas maut, kereta rempuh kenderaan di parkir. Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh sebuah kereta lain yang diletakkan di kawasan parkir tepi Jalan SS 3/39, di sini semalam, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Wanita warga emas maut, kereta rempuh kenderaan di parkir

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan kereta Peugeot 208 dan Toyota Corolla pada 6.17 petang semalam dan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 1.30 tengah hari.

Katanya, mangsa berusia 65 tahun memandu Peugeot 208 yang melalui tempat kejadian sebelum hilang kawalan dan melanggar kereta Toyota Corolla Altis yang di parkir di tepi jalan.

“Dia meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Fakhrudin berkata, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian.

“Sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan,” katanya.

 

Turut baca