Wanita warga asing ditemui mati bawah jejantas

Wanita warga asing ditemui mati bawah jejantas

Wanita warga asing ditemui mati bawah jejantas.

Seorang wanita warga asing ditemui mati di tepi tangga bawah jejantas menghala ke pusat beli belah, Melawati Mall dalam kejadian pada awal petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 2.15 petang semalam.

Wanita warga asing ditemui mati bawah jejantas

Anggota polis sedang menguruskan mayat wanita warga asing yang ditemui meninggal dunia di bawah tangga jejantas berdekatan sebuah pusat beli-belah petang semalam.

“Mangsa merupakan seorang wanita warga asing berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di tepi tangga bawah jejantas.

“Hasil pemeriksaan polis turut menemui beg pinggang mangsa bersama dokumen dan pasport serta pelbagai jenis ubat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pegawai perubatan dari Hospital Ampang mengesahkan wanita terbabit telah meninggal dunia manakala hasil pemeriksaan badan mangsa mendapati tiada kecederaan berunsur jenayah.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang bagi tujuan bedah siasat.