Wanita rempuh beberapa kenderaan, ditibai orang awam

Tular satu video menunjukkan sebuah kereta jenis Honda City yang memandu dengan cara berbahaya, merempuh beberapa buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat.
Kejadian tersebut sempat dirakam seorang wanita yang dipercayai mangsa pelanggaran yang sempat mengekori kereta tersebut akibat bengang.
Menerusi satu perkongsian di Twitter, dia memuat naik video rakaman kakaknya yang mengejar pemandu Honda City tersebut.
my sister was on her way pergi hantar barang. this white honda (kereta curi) rempuh everybody to get through. shout out to abang tepi tu baling batu kasi pecah tingkap!! pic.twitter.com/mPlfdz2ERV
— 🌷 (@ptryhmzh) February 17, 2022
Difahamkan, kelakuannya yang caca marba dalam pemanduan adalah kerana kereta tersebut adalah kenderaan yang dicuri di sebuah stesen minyak.
Pemilik kereta kebetulan telah pergi ke tandas bersama isteri sebelum kereta dicuri membuatkan dia mengejar wanita tersebut menggunakan motosikal pekerja di stesen.
Mujur terdapat satu persimpangan lampu isyarat yang sesak telah menghalang wanita tersebut untuk bergerak lebih jauh.
Walaubagaimanapun, setelah dikerumun, wanita tersebut nampaknya masih cuba melepaskan diri dengan melanggar semua kereta di hadapannya hingga salah seorang terpaksa melempar batu ke cermin untuk menangkapnya.
Setelah cermin kereta berjaya dipecah, wanita tersebut akhirnya dikeluarkan dari kereta secara paksa dan ditahan orang awam di persimpangan lampu isyarat. Difahamkan, dia telah menggigit orang yang memegangnya lalu dihukum oleh empunya kereta.
Bagaimanapun, terdapat satu lagi video kelihatan wanita yang sama telah dihalau oleh pemandu bas kerana dipercayai sengan menghisap gam.
Menurut perkongsian, pemandu bas telah berkali-kali mengarahkan dia turun namun tidak diendahkan sehingga wanita tersebut terpaksa dihalau.
Turut baca
- Ibu durjana!!! Sanggup biar anak dirogol teman lelaki, minta Iphone 11 ‘tutup’ mulut
- [VIDEO] Kecewa teman wanita ada kekasih baharu, lelaki bakar diri dalam kereta
- {VIDEO} Bengang cinta ditolak, lelaki kelar leher rakan kolej wanita