Wanita mengaku tak salah, tekap muka dengan seterika panas, tenyeh cili pada anak teman lelaki

Wanita mengaku tak salah, tekap muka dengan seterika panas, tenyeh cili pada anak teman lelaki

Seorang wanita dua anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini, atas pertuduhan mendera anak teman lelakinya, tahun lalu.

Chan Wan Ting, 31, mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mendera kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu dengan mengakibatkan kecederaan fizikal yang menyaksikan tangan kanannya luka serta meninggalkan kesan.

Manakala itu, muka dan pipi kanan kanak-kanak itu ditekap di atas papan seterika yang ketika itu sedang panas.

Menurut laporan Utusan, bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mendera mangsa sama sehingga mengakibatkan dia mengalami kecederaan di mulut, kedua belah pipi serta mata kanan dengan menggunakan cili.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di rumah teman lelakinya di Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka Tengah dan di tepi jalan berhampiran tadika, pada 2 Ogos serta Mei 2021.

Bagi kedua-dua perbuatan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda RM20,000 jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikenalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili peguam Cassian Anthony.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 15 Feb depan tarikh sebutan semula kes serta laporan perubatan.

Sumber | FMT

COMMENTS