Wanita dakwa dicabul pegawai exco Negeri Sembilan di hotel

Wanita dakwa dicabul pegawai exco Negeri Sembilan di hotel

Wanita dakwa dicabul pegawai exco Negeri Sembilan di hotel.

Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap laporan seorang wanita yang didakwa dicabul pegawai kepada seorang exco di Negeri Sembilan.

Ketua Polis Seremban, Nanda Maarof, berkata laporan diterima daripada wanita itu awal bulan ini dengan kejadian didakwa berlaku di sebuah hotel pada 30 Mac dan 26 April lalu.

Katanya, polis akan melakukan siasatan menyeluruh termasuk memanggil saksi bagi mengenal pasti kejadian sebenar.

“Pada 3 Julai lalu, polis mengesahkan menerima laporan dibuat seorang wanita mendakwa dicabul di sebuah hotel pada 30 Mac dan 26 April lalu oleh seorang lelaki.

“Siasatan akan dilakukan membabitkan pelbagai sudut termasuk menggunakan khidmat forensik, mengambil keterangan saksi yang boleh membantu siasatan seterusnya mengesan suspek terbabit,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara 10 tahun dan denda atau sebatan atau kedua-keduanya sekali.