“Wanita bukan kilang anak…” Seminggu berkahwin, mentua minta anak kahwin lain jika isteri belum hamil

“Wanita bukan kilang anak…” Seminggu berkahwin, mentua minta anak kahwin lain jika isteri belum hamil.
Sebuah hantaran yang tular di media sosial Indonesia memaparkan luahan hati seorang wanita yang baru seminggu berkahwin tetapi dibantah oleh keluarga mentua kerana belum hamil.
Wanita itu mendakwa bahawa mentuanya meminta dia melakukan ujian kehamilan setelah seminggu berkahwin.
“Saya baru seminggu berkahwin terus disuruh ambil ujian kehamilan oleh mentua. Dia bertanya kenapa belum mengandung lagi. Ini kerana dua isteri abang kepada suami saya belum mempunyai anak.
“Bahkan, mentua beritahu jika saya gagal hamil dalam tempoh sebulan, suami saya disuruh kahwin lain. Saya tertekan kerana suami menurut permintaan mentua.
“Saya sayangkan suami, minta beri jalan penyelesaian,” demikian luahan wanita tersebut.
“Wanita bukan kilang anak! Suami harus bertegas soal ini. Saya sedih membacanya,” kata seorang netizen.
“Pada pendapat saya, buat ujian kesuburan sahaja. Isteri abangnya tak hamil langsung, takut suami atau menantunya kurang subur,” komen netizen lain.