Wanita berpakaian renda merah terjurai menyerupai antigen Covid-19 dikecam

Wanita berpakaian renda merah terjurai menyerupai antigen Covid-19 dikecam

Wanita berpakaian renda merah terjurai menyerupai antigen Covid-19 dikecam.

Seorang pesohor media sosial dikecam netizen gara-gara memakai pakaian yang digambarkan seperti antigen Covid-19 ketika menghadiri Festival Muzik dan Seni Coachella, lapor portal berita MailOnline.

Kate Bartlett, 21, dari Bandar Raya New York baru-baru ini tular selepas memakai pakaian yang mengingatkan orang ramai kepada antigen Covid-19 itu.

Wanita berpakaian renda merah terjurai menyerupai antigen Covid-19 dikecam

Kate yang merupakan seorang pelajar di Institut Teknologi Fesyen, memakai baju dan seluar berwarna ungu muda pada hari pertama konsert Coachella. Pakaian itu dihiasi renda merah yang terjurai.

Kate yang mempunyai seramai 169,000 pengikut, telah memuat naik gambar tersebut di laman Instagramnya.

Orang ramai mengatakan, pakaian itu kelihatan seperti antibodi Covid-19 dan mereka tidak berhenti mentertawakannya. Busana tersebut direka oleh pereka MELKE dan berharga AS$880 (RM3,755).

Wanita itu turut memuat naik video ketika dia menggayakan pakaiannya di laman Tiktok.

“Apabila anda fikir pakaian anda comel tetapi semua orang anggap ia kelihatan seperti antigen Covid-19. Saya masih merasakan ia menyeronokkan, okay?,” demikian kapsyen pada muat naik tersebut.