[VlDEO] Kedai Chef Ammar viraI lagi, pembeIi meroyan lama beratur, tuk-tuk juadah habis

[VlDEO] Kedai Chef Ammar viraI lagi, pembeIi meroyan lama beratur, tuk-tuk juadah habis

Kedai Chef Ammar viraI lagi, pembeIi meroyan lama beratur, tuk-tuk juadah habis.

Selepas tular berkenaan harga makanan yang dijual dikatakan ‘cekik darah’, tukang masak viral, Chef Ammar Ali sekali lagi menjadi sorotan di media sosial berkenaan rasa tidak puas hati pelanggannya.

Dalam perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Muhamad Bukhari, dia telah memuat naik satu video seorang lelaki yang dikatakan berasa berang kerana tidak dapat membeli Nasi Arab kerana telah habis.

Dalam rakaman video itu lagi, lelaki berkenaan telah bertemu dengan Chef Ammar dan memaklumkan yang dia sudah beratur lama namun tidak dapat membeli juadah tersebut memandangkan pembeli sebelumnya sudah memborong dalam kuantiti yang banyak.

Dapat didengar yang lelaki itu menyarankan kepada tukang masak berasal dari Palestin tersebut untuk memberi limit kepada pembeli agar orang lain dapat membeli serta merasai sama Nasi Arab istimewa itu.

Perkongsian video berkenaan telah ditonton lebih dari dua juta viewers kurang dari sehari ia dimuat naik. Dapat dilihat juga yang Chef Ammar cuba menenangkan lelaki itu dan memberikan penjelasan walaupun dia sendiri seperti dalam keadaan letih.

Rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai maklum balas berkenaan isu tersebut. Kebanyakkan daripada mereka berasa keluhan lelaki itu tidak wajar kerana dia tidak mempunyai hak untuk menyekat pembelian orang lain.

Mereka juga merasakan yang hal remeh ini tidak perlu dilayan kerana konsep ‘siapa cepat dia dapat’ perlulah diamalkan kerana ia melibatkan pembelian di bazar Ramadan.