{VIDEO} Warga emas dibiar berdiri undang sebak

{VIDEO} Warga emas dibiar berdiri undang sebak

Warga emas dibiar berdiri undang sebak. Orang kata yang muda dikasihi, yang tua pula dihormati walau bagaimanapun, perumpaman sebegitu bagai sudah tidak kena dengan situasi masa kini.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang warga emas terpaksa berdiri dipercayai berdiri di dalam sebuah LRT mengudang perhatian ramai.

Pengguna TikTok memaparkan warga emas tersebut hanya memegang tiang serta pintu bagi memastikan dirinya tidak terjatuh ketika bergerak.

“Sorang pun tak bangun bagi Pakcik ni seat. Kalau dekat Malaysia setel dah ni. Sabarlah Pakcik. Kita minoriti kat sini. ‘Mereka’ majoriti. Saya tetap bersama Pakcik,”

Lebih mengundang ‘bengang’ apabila tiada seorang pun mahu memberi pakcik berkenaan duduk di kerusi yang tersedia memandangkan masing-masing terlihat masih muda.

Warga emas dibiar berdiri undang sebak

Walau bagaimanapun, kejadian ini dikatakan bukan berlaku di Malaysia namun berlaku di negara jiran.

Pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh warganet. Malah, rata-rata mereka bersimpati melihat warga emas berkenaan.

 

Turut baca