{VIDEO} Wanita kongsi kisah sebenar anak diragut ketika beli makanan di bazar

{VIDEO} Wanita kongsi kisah sebenar anak diragut ketika beli makanan di bazar

Wanita kongsi kisah sebenar anak diragut ketika beli makanan di bazar.

Kejadian yang tidak disangka-sangka boleh berlaku dimana-mana sahaja meskipun pada bulan Ramdan yang mula ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Littlemissfei berkongsi akan pengalaman anaknya diragut ketika di bazar Ramadan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di bazar Ramadan Shah Alam di Seksyen 13 malah dia turut mendakwa ramai lagi yang menjadi mangsa pada hari kejadian.

Menurutnya, dia menerima panggilan daripada kakaknya yang menyatakan bahawa anak yang dipanggil Aisyah itu diragut ketika orang ramai bersesak di bazar tersebut.

Bagaimanapun, nasib masih menyebelahi mereka apabila Aisyah tidak mengalami sebarang luka dan hanya kesakitan malah rantai dapat diselamatkan dan hanya terputus.

Kongsinya lagi, peragut tersebut tidak sempat ditangkap memandangkan orang ramai di kawasan bazar berkenaan.

Dalam pada itu, Littlemissfei mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika pergi ke kawasan yang ramai orang. Malah dia juga berpesan agar tidak mengenakan barang kemas ketika pergi ke tempat-tempat sesak.