{VIDEO} Wanita ‘dedah’ kenapa perlu pilih calon No 4 N25 Rengit

Wanita ‘dedah’ kenapa perlu pilih calon No 4 N25 Rengit. Salah seorang penduduk kampung Minyak Beku, Batu Pahat tampil memberi pendedahan terhadap jasa dan pengorbanan YB Khairuddin A Rahim selama berkhidmat disana.
Katanya terlalu banyak perubahan yang telah dibawa kekampung tersebut.
Diantaranya adalah berkaitan perparitan yang selama ini menjadi masalah dikampung dapat diatasi dengan teratur dan kemas.
Selain itu juga, saliran paip bekalan air bersih kerumah penduduk setempat dapat juga diselesaikannya, katanya.
Wanita yang digelar Kak Anita oleh penduduk kampung sangat berpuashati dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh YB Khairuddin.
Kak Anita dengan penuh yakin apa yang dilakukan oleh YB Khairuddin di kampung Minyak Beku dapat juga dilakukan di Rengit.
Justeru itu, beliau juga menyeru penduduk Rengit agar terus memberi sokongan kepada calon No 4 N25 dari PKR Khairuddin A Rahim.
Turut baca
- PRN Johor : Khairuddin ‘TEKAD’ jadikan Rengit kawasan yang lebih produktif
- {VIDEO} Panas!!! Demi kelangsungan hidup, nelayan di Rengit curi-curi turun kelaut
- Khairuddin dakwa warga Rengit ‘terdedah’ dengan jambatan sempit, jalan FT 005 tidak diselenggara