{VIDEO} Ulang drama air mata, netizen dah tak percaya Kak Long, serik bagi muka

{VIDEO} Ulang drama air mata, netizen dah tak percaya Kak Long, serik bagi muka

Ulang drama air mata, netizen dah tak percaya Kak Long, serik bagi muka. Nama Kak Long bukan lagi sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Pemilik nama Wan Noor Baizura ini beberapa kali tular dengan video percakapan kasar dan mengamuk di beberapa premis kedai dan restoran sebelum ini.

Rentetan beberapa ‘silap langkah’ terdahulu, wanita ini dilihat beberapa kali meminta maaf sambil menangis bersungguh-sungguh menyatakan yang dia tidak akan mengulangi lagi perbuatan buruknya itu…

Kes terbaru mengaitkan Kak Long, beberapa laporan polis telah dibuat atas tindakannya yang dipercayai telah mengejek dan memperlekehkan OKU dalam satu ‘live’ di Facebook.

Sehubungan dengan itu, tular satu video menunjukkan Kak Long meminta maaf dan bersumpah tidak akan mengulangi sebarang kata-kata dan perbuatan yang tidak elok sambil menangis.

Dimuat naik melalui satu akaun di Tiktok, wanita tersebut dilihat menangis teresak-esak, merayu dimaafkan sambil diapit oleh dua individu.

Rata-rata netizen dilihat sudah lali dan langsung tidak mempercayai kata-kata wanita tersebut kerana mereka menyifatkan permohonan maaf tersebut hanya bersikap sementara dan cuma ‘takut’ dengan kesan laporan polis terhadapnya.

Dalam pada itu, para netizen juga sependapat bahawa Kak Long tidak pernah menyesal dan menyatakan kesan terlanjur kata, buruk padahnya.

 

Turut baca