{VIDEO} Tukar duit raya… Beratur penat-penat dapat duit koyak bertampal sellotape

{VIDEO} Tukar duit raya… Beratur penat-penat dapat duit koyak bertampal sellotape

{VIDEO} Tukar duit raya… Beratur penat-penat dapat duit  koyak bertampal sellotape.

Selain pusat membeli belah, orang ramai pastinya sedang sibuk menunggu giliran di bank-bank berdekatan bagi menukar duit raya.

Mana tidaknya, apabila pulang ke kampung pastinya duit raya akan menjadi tuntutan sanak saudara.

Hal yang sama dilakukan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Nadiabasharr ini apabila turut mengambil giliran menukar duit raya.

Bagaimanapun, bukan duit baru yang diterimanya sebaliknya duit ‘recycle’ namun Nadiabasharr mengakui tidak kisah akan perkara itu.

Walau bagaimanapun, selepas diperiksa satu persatu wang berkenaan, wanita ini kecewa apabila mengetahui bahawa duit berkenaan banyak yang telah koyak dan juga bertampal sellotape.

Menurutnya, dia beratur tiga jam semata-mata untuk mendapatkan duit ini dan baru perasaan akan keadaan duit berkenaan selepas berada di dalam kereta.

“Dalam kereta baru perasan, kalau korang pulangkan balik tak? Aku dah redho je ni 3 jam beratur kat bank,” tulisnya.

Rata-rata warganet menyarakan agar dirinya menukar semula wang berkenaan.

Malah, mereka turut mendakwa bahawa peniaga-peniaga juga tidak menerima wang seperti itu.