{VIDEO} “Tragedi raya, ikut waze nak elak jem…” Ini yang berlaku

{VIDEO} “Tragedi raya, ikut waze nak elak jem…” Ini yang berlaku

“Tragedi raya, ikut waze nak elak jem…” Ini yang berlaku.

Seringkali kita menggunakan pelbagai aplikasi ‘maps’ untuk mengelakkan kesesakan jalan raya bagi menjimatkan masa.

Lain pula halnya dengan satu geng lelaki ini, yang akhirnya masuk ke hutan belukar buat netizen terhibur.

Perkongsian @pudyenn93 di Tiktok meraih perhatian ramai apabila dia tersesat hingga masuk ke hutan gara-gara mengikut ‘petunjuk’ waze.

Dalam video, dia dan rakan-rakan hanya mampu menggeleng kepala apabila laluan yang dilalui bukan semakin memudahkan, malahan semakin menyusahkan.

Rata-rata netizen berseloroh mereka kini sudah berada ke alam bunian gara-gara jalan yang dilalui terlalu semak samun dan menakutkan.

Malahan dalam video, didapati ternyata jalan utama lebih baik kereta didapati langsung tidak sesak.