{VIDEO} Tetap berniaga, bapa ‘kandar’ anak dalam kain dagangan buat ramai sebak

{VIDEO} Tetap berniaga, bapa ‘kandar’ anak dalam kain dagangan buat ramai sebak

Tetap berniaga, bapa ‘kandar’ anak dalam kain dagangan buat ramai sebak. Kadang kala jika hidup terasa susah, ingatlah pasti ramai lagi yang lebih susah dan ‘struggle’ dalam mengharungi hidup mereka.

 Tetap berniaga, bapa 'kandar' anak dalam kain dagangan buat ramai sebak

Begitulah seperti video yang tular ini, menunjukkan seorang bapa yang tetap bekerja biarpun ketara kesusahan hidup yang perlu dihadapinya.

Menerusi perkongsian di Tiktok, dia sempat merakam satu momen yang cukup menyedihkan di mana kelihatan seorang kanak-kanak yang berada dalam sebuah kain dagangan yang diusung bapanya.

Keadaan itu membuatkan ramai sebak melihat perkongsian ini memikirkan betapa susahnya hidup anak beranak tersebut hingga si cilik itu terpaksa mengikut bapanya berdagang dalam cuaca panas hari itu.