{VIDEO} “Tengok muka dia, kesian pulak…” Lelaki mengamuk setelah disuruh serah kembali besi dikutip tanpa izin

{VIDEO} “Tengok muka dia, kesian pulak…” Lelaki mengamuk setelah disuruh serah kembali besi dikutip tanpa izin

“Tengok muka dia, kesian pulak…” Lelaki mengamuk setelah disuruh serah kembali besi dikutip tanpa izin.

Setiap orang mempunyai kepayahan berbeza dalam menelesuri kehidupan di zaman serba membangun ini.

Jadi, mereka sanggup melakukan apa sahaja di luar sana, asalkan ia memberi keuntungan buat diri sepertimana yang dilakukan oleh dua orang lelaki ini.

Sepertimana yang dikongsikan oleh Ariff Ahsan di Tiktok, memaparkan situasi tegang apabila lelaki pengutip besi buruk itu dimarahi oleh salah seorang penduduk di kawasan perumahan.

Difahamkan, isu berbangkit bilamana mereka tidak meminta izin terlebih dahulu untuk mengambil besi buruk serta barangan terpakai yang diletakkan di luar rumah, malah terus menjualnya di tempat pelupusan.

"Tengok muka dia, kesian pulak..." Lelaki mengamuk setelah disuruh serah kembali besi dikutip tanpa izin

Tidak terhenti di situ, kedua-dua individu itu juga diminta memulangkan semula besi buruk yang diambil selain meminta agar dia menemui penduduk taman perumahan lain.

Sementara, kad pengenalan kedua-duanya diambil oleh pemilik video yang menurutnya akan dipulangkan semula selepas mereka berjumpa dengan penduduk taman perumahan sepertimana diarahkan tadi.

Ada yang beranggapan bahawa tindakan tegas patut dikenakan buat mereka.

"Tengok muka dia, kesian pulak..." Lelaki mengamuk setelah disuruh serah kembali besi dikutip tanpa izin