{VIDEO} Teman ayah cari rezeki, budak lelaki kesejukan sampai tertidur undang sebak

{VIDEO} Teman ayah cari rezeki, budak lelaki kesejukan sampai tertidur undang sebak

Teman ayah cari rezeki, budak lelaki kesejukan sampai tertidur undang sebak. Sebagai ibu bapa pastinya ingin yang terbaik buat anak-anak mereka, terutama dalam memberi keselesaan hidup mereka. Bagaimanapun, tidak semuanya mampu melakukan perkara tersebut namun masih berusaha dengan sebaiknya.

Malah, kadang kala anak-anak seakan memahami ibu bapa mereka, tidak mengeluh namun dengan rela hati menemani dalam mencari rezeki.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok apabila memaparkan gelagat anak lelaki yang menemaninya mencari rezeki.

Menerusi video yang dimuat naik itu dapat dilihat anaknya menahan sejuk hingga menggigil disebabkan hujan turun ketika sedang berniaga.

Apa yang lebih menyentuh hati, anak lelakinya itu dilihat tertidur sambil duduk ketika menemani bapanya berniaga.

{VIDEO} Teman ayah cari rezeki, budak lelaki kesejukan sampai tertidur undang sebak

Rata-rata warganet turut sebak melihat kanak-kanak berkenaan. Malah, ada juga yang mendakwa bahawa perkara itu mengingatkan anak-anak mereka sendiri.

 

Turut baca