{VIDEO} “Sumpah sakit hati walaupun bukan mak aku…” Gara-gara curi 7 batang kayu, nenek dipenjara 5 tahun

{VIDEO} “Sumpah sakit hati walaupun bukan mak aku…” Gara-gara curi 7 batang kayu, nenek dipenjara 5 tahun

“Sumpah sakit hati walaupun bukan mak aku…” Gara-gara curi 7 batang kayu, nenek dipenjara 5 tahun.

Tular satu video menunjukkan seorang nenek yang menangis dan merayu di mahkamah ketika dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara gara-gara mencuri 7 batang kayu.

Kejadian dipercayai berlaku di negeri seberang itu dikongsi oleh @Afdhal membuatkan para netizen sayu dan mempersoalkan keperluan hukuman seberat itu hanya kerana beberapa batang kayu.

Tidak dinyatakan apakah jenis kayu yang diambil, namun begitu hukuman tersebut ditentang oleh para netizen dari Indonesia dan Malaysia yang bersimpati dan tak puas hati dengan undang-undang di sana.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sayu dan sebak melihat nenek tersebut yang menangis dan merayu apabila mendengar hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.

Malahan netizen juga amuk pada pelaku yang melaporkan hal seremeh itu hingga membuatkan seorang warga emas meringkuk ke dalam penjara.