{VIDEO} “Sudahlah tak bayar…” Pelanggan ‘blah’ lepas jatuhkan telur

{VIDEO} “Sudahlah tak bayar…” Pelanggan ‘blah’ lepas jatuhkan telur

“Sudahlah tak bayar…” Pelanggan ‘blah’ lepas jatuhkan telur.

Bagi seorang pekerja pasaraya, mereka sudah lali dengan pelbagai ragam pelanggan setiap hari.

Itu termasuklah apabila perlu mendepani mereka yang datang dari kalangan tidak bertanggungjawab atas tindakannya.

Mengambil pendekatan itu, mungkin dapat kita lihat menerusi perkongsian di  Tiktok.

Dalam video tersebut, menyaksikan seorang staf lelaki berbaju merah sedang membersihkan kawasan kaunter selepas salah seorang pelanggan menjatuhkan satu papan telur.

Selain kasihan melihat nasib staf berkenaan, Lily turut luah geram dengan sikap pelanggan terbabit yang terus pergi meninggalkan kaunter selepas menjatuhkan telur yang belum dibayar.

Dia juga tidak habis fikir dengan pelanggan itu yang langsung tidak rasa bersalah apabila tiada kata-kata maaf pun dari pihaknya, apatah lagi ingin membayar ganti rugi.

Ramai berkongsi pengalaman sama menimpa mereka, baik dari kalangan staf di pasaraya mahupun sebagai seorang pelanggan.