{VIDEO} Suara imam surau bikin gadis ‘cair’, sanggup datang awal, harap masih ‘single’

Suara imam surau bikin gadis ‘cair’, sanggup datang awal, harap masih ‘single’
Sambil menyelam minum air.
Peribahasa itu mungkin dapat menggambarkan situasi gadis ini sewaktu berkongsi pengalamannya sepanjang mendirikan solat terawikh berjemaah di sebuah surau.
Menerusi entri yang dikongsikan, gadis itu akui telah menaruh hati dengan sosok seorang imam yang telah mengetuai solat terawikh di situ.
Selain mempunyai ciri-ciri suami mithali, imam surau itu juga mempunyai kelunakan suaranya yang tersendiri hingga membuatkan dia cair.
Lebih dramatis, dia juga sanggup ke surau awal setiap hari semata untuk ‘curi-curi’ pandang sosok lelaki berkenaan dengan harapan statusnya bukan milik orang lain.
Dalam waktu sama, dia juga akui merendah diri dengan kelayakannya untuk bergandingan dengan imam tersebut, namun siapa sangka hasratnya disokong penuh oleh warganet.
Pun begitu, tak kurang juga yang mempertikai niatnya ke surau samada untuk beribadah atau sebaliknya hingga tanpa sedar perkongsiannya membuatkan para isteri di luar sana tak senang duduk.
Turut baca
- Disyaki terlibat dadah, dua lelaki maut berbalas tembakan dengan polis
- Rogol 13 pelajar, ada yang hamil 2 kali, bekas guru dijatuhkan hukuman mati
- Darah dah merata atas lantai… Rompak waktu sahur di Wakaf Bharu, satu keluarga trauma, ketakutan
Tonton juga