{VIDEO} Stres nama panjang sangat, anak nangis desak ibu tukar jadi pendek

{VIDEO} Stres nama panjang sangat, anak nangis desak ibu tukar jadi pendek

Stres nama panjang sangat, anak nangis desak ibu tukar jadi pendek. Gelagat anak-anak ini sememangnya mencuit hati. Lebih-lebih lagi yang petah berkata, memang buat orang geram akan telatahnya.

Ada sahaja yang menjadi persoalan diri hingga buat ibu bapa jadi bingung tak tahu nak jawab apa akan setiap soalan yang diberikan.

Hal yang sama terjadi pada pengguna TikTok apabila anaknya menangis kerana namanya terlalu panjang.

Dalam video tersebut, dapat dilihat kanak-kanak perempuan itu menangis dan mempersoalkan namanya yang terlalu panjang pada ibunya ketika sedang melakukan ‘homework’.

Kesal dengan nama yang panjang, dia sempat meminta untuk menukar namanya dengan adiknya kerana lebih pendek berbanding dirinya.

Perkara tersebut mencuit hati warganet sekaligus menjadi pujian kerana telatahnya yang comel. Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat nama terlalu panjang akan membebankan anak sendiri.