{VIDEO} “Siapa sampai dulu lah…” Gelagat wanita ‘cop’ parkir dikecam netizen

{VIDEO} “Siapa sampai dulu lah…” Gelagat wanita ‘cop’ parkir dikecam netizen

“Siapa sampai dulu lah…” Gelagat wanita ‘cop’ parkir dikecam netizen.

Isu cop-cop ‘parking’ kenderaan ini bukan satu perkara yang baharu. Meskipun sudah sedia maklum akan tindakan yang bakal dikenakan namun ada sahaja pihak yang tetap keras kepala bertindak semahu mereka.

{VIDEO} "Siapa sampai dulu lah..." Gelagat wanita 'cop' parkir dikecam netizen

Sama seperti video yang tular dimuat naik oleh Fareez Aiman menerusi laman Facebook Dashcam Owners Malaysia yang memaparkan gelagat seorang wanita dipercayai sedang ‘berjaga’ tempat letak kenderaan.

Dalam video tersebut dapat dilihat petak ‘parking’ tersebut sememangnya kosong dan hanya ada seorang wanita berdiri di tengah-tengahnya.

Bagai tidak mahu mengalah, wanita berkenaan awalnya berkeras terdapat kereta yang ingin masuk ke petak berkenaan dan berkali-kali membuat isyarat tangan.

Pemandu kereta berkenaan juga seakan tidak mahu berganjak membuatkan wanita tersebut terpaksa mengalah dan berlalu pergi.

Rata-rata warganet menyokong tindakan pemandu ini. Bahkan, mereka juga berpendapat bahawa siapa cepat dia yang dapat tempat tersebut.