{VIDEO} Setelah terima kecaman hebat, lelaki hina arwah Abang AIi Semboyan tampil mohon maaf

{VIDEO} Setelah terima kecaman hebat, lelaki hina arwah Abang AIi Semboyan tampil mohon maaf

Setelah terima kecaman hebat, lelaki hina arwah Abang AIi Semboyan tampil mohon maaf. Selepas menerima kecaman hebat, dan dicari orang ramai lelaki dipercayai memiliki kad OKU yang tular sebelum kerana menghina arwah Abang Ali Semoboyan 1 Malaysia akhirnya tampil memohon maaf.

Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat menerusi perkongsian live di akaun Facebook miliknya, kira-kira semalam.

Menerusi video berdurasi 2.07 saat itu, lelaki itu telah menerima kunjungan dari pihak PPIM ‘Abang Acu Penang’

“Ni yang kes viral allahyarham Abang Ali kita. Kita dapat jumpa sahabat kita ni. Kita nak minta permohonan maaf balik kepada allahyarham Abang Ali, PPIM, Semboyan 1 Malaysia dan rakyat Malaysia” ujar Abang Acu Penang.

“Saya mintak maaf lah, ramai orang suruh minta maaf. Lagipun dia dah arwahkan. Tak boleh kata apalah dia dah meninggal. Sebab saya dah sembang dengan abang ni. Jadi saya maafkan dia. Saya minta maaf kepada Semboyan 1 Malaysia” ujar lelaki tersebut.

“Harap saya dimaafkan lah” katanya

“Kita pun kalau nak pegang dia atau pukul dia masalah. Memang salah dari segi undang-undang. Lagipun kita nak confirm balik memang dia ada kad OKU” ujar Abang Acu Penang

{VIDEO} Setelah terima kecaman hebat, lelaki hina arwah Abang AIi Semboyan tampil mohon maaf