{VIDEO} Serba serbi slow… Netizen perli cara wanita ‘training’

{VIDEO} Serba serbi slow… Netizen perli cara wanita ‘training’

Semua sedia tahu bahawa peranan sebagai anggota polis ini antara unit terpenting demi memastikan keselamatan dan keamanan dalam sesebuah negara daripada ancaman luar dan sebarang jenayah.

Justeru itu, sebelum memasuki unit tersebut, individu pula menjalani beberapa proses terlebih dahulu bagi memastikan kelayakan mereka diluluskan dengan mengambil kira beberapa aspek.

Jadi, tidak hairanlah jika wanita ini menerima kritikan hebat daripada warganet selepas memuat naik video latihan menembaknya di laman Tiktok.

Menerusi sorotan berdurasi 1 minit 28 saat itu, menyaksikan sesi latihannya bergerak dengan agak perlahan dari awal hingga selesai.

Walau bagaimanapun, akaun sebenar pemilik video tersebut telahpun ditukarkan kepada mode ‘private’ yang mana hanya pengikutnya sahaja boleh mengakses masuk melihat setiap video terbaharunya.

Hal itu menyebabkan ramai mempertikai prosedur untuk menyertai latihan polis, walhal rata-ratanya tahu bahawa kecergasan fizikal pastinya penting sepanjang tempoh latihan nanti.

Dalam waktu sama, tak kurang juga yang memuji cara tembakannya yang tepat dan tak mengecewakan walaupun pergerakannya memang tak dinafikan perlahan dan adakalanya terlihat seperti takut dengan padang.

Pun begitu, ada beberapa individu tampil memaklumkan bahawa anggota terbabit mengalami masalah lutut sekaligus menyebabkan pergerakannya terbatas.