{VIDEO} Sendiri cari pasal… Sekumpulan lelaki baring tengah jalan, lastik kereta orang awam

Sendiri cari pasal… Sekumpulan lelaki baring tengah jalan, lastik kereta orang awam.
Hanya dalam satu malam, sekumpulan remaja lelaki bertindak di luar jangkaan apabila melakukan sebanyak tiga jenis perbuatan tak bermoral hingga mengganggu ketenteraman orang awam.
Detik kejadian ada dikongsikan di laman Facebook oleh Navinder Singh bagi memperlihatkan kepada umum perbuatan yang dilakukan mereka.
Dalam video pertama, seorang lelaki berbaju merah dengan lantangnya mengeluarkan kata-kata kesat selepas dia dan kawan-kawan yang lain menyerang sebuah kedai.
Walau bagaiamanapun, mereka tidak terhenti di situ, bilamana serangan kedua dilakukan di atas jalan raya pula.
Jika diamati, salah seorang dalam kalangan mereka dengan beraninya melastik kereta orang awam yang lalu lalang di kawasan tersebut.
Apabila sasarannya tepat, mereka akan bersorak sesama sendiri di tepi jalan bagi meraikan kejayaan tersebut.
Lebih mencabar emosi, kumpulan remaja itu dengan beraninya baring di tengah jalan raya sewaktu kereta sedang lalu lalang.
Langsung tak endah akan bahaya menanti, sebaliknya seronok dan berasa puas dengan perbuatan masing-masing.
Renteran perkara itu, warganet meluahkan rasa geram akan sikap mereka yang sudah keterlaluan.
Enggan memanjangkan isu, rata-ratanya cuma berharap agar semua yang terlibat diambil tindakan segera sekaligus bagi memberi pengajaran juga kepada penjaga mereka.