{VIDEO} Sebak Iihat kakak ‘rider’ Foodpanda terpaksa dukung anak cari rezeki

{VIDEO} Sebak Iihat kakak ‘rider’ Foodpanda terpaksa dukung anak cari rezeki

Realiti kehidupan jika kita merasa diri ini susah, sebenarnya ada lagi yang susah perlu menjalani kehidupan. Namun, disebabkan desakan dan tuntutan mencari pendapatan, segala kesulitan perlu diatasi demi menyuap nasi kemulut sendiri dan keluarga.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok apabila berkongsi video rider Foodpanda wanita yang bekerja sambil membawa anak kecilnya tidak kira cuaca panas ataupun hujan.

Wanita itu mendukung anak kecilnya di bahagian depan sambil menunggang motosikal untuk mencari rezeki. Hal tersebut membuatkan pengguna TikTok dikenali sebagai @mamayayahumarsoleh berasa begitu sebak dan berharap dapat membantu wanita itu bagi meringankan beban yang sedang digalas.

Selepas video tersebut tular, seorang rider Foodpanda telah meninggalkan komen dengan mendakwa mengenali wanita itu dan mengesahkan yang dia memang membawa anak ketika bekerja.

Lebih menyedihkan, pengguna TikTok berkenaan memaklumkan yang anak wanita itu tidak berapa sihat kerana mengalami kecacatan pada kedua-dua belah matanya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata berasa simpati dan sebak melihat video tersebut. Mereka juga berharap agar kakak itu diberi kekuatan, kesabaran dan terus dimurahkan rezeki walaupun berada dalam keadaan yang agak sulit.

Semoga beliau terus sentiasa diberi kesihatan yang baik agar boleh terus mencari rezeki buat diri dan anak tersayang.