{VIDEO} Rata-rata netizen sayu dan simpati lihat lelaki tersadai tepi ‘highway’, ini tindakan abang treler

{VIDEO} Rata-rata netizen sayu dan simpati lihat lelaki tersadai tepi ‘highway’, ini tindakan abang treler

Rata-rata netizen sayu dan simpati lihat lelaki tersadai tepi ‘highway’, ini tindakan abang treler.

 

Tular satu video menunjukkan seorang pemandu treler yang terkejut melihat sebuah motosikal dengan penunggangnya yang tersadai di bahu jalan.

Saat mendekati lelaki tersebut, alangkah terkejutnya melihat bahawa dia sedang nyenyak tidur, mungkin keletihan.

Perkongsian @abangcrossborder di Tiktok meraih perhatian ramai yang turut tertanya-tanya tentang nasib lelaki berkenaan, adakah sesuatu yang buruk berlaku kepadanya.

Difahamkan, empunya video telah cuba mengejut lelaki ini, namun gagal kerana dilihat dari gayanya, terlampau mengantuk..

Rata-rata netizen sayu dan simpati melihat lelaki berkenaan yang kemungkinan terlampau lelah sehingga tertidur di atas motosikal.

Dalam pada itu, ramai yang memuji tindakan pemandu treler ini yang memeriksa keadaan lelaki berkenaan..