{VIDEO} Rakan kongsi mesej akhir arwah… “Tak kenal dia, tapi ikut sedih”

{VIDEO} Rakan kongsi mesej akhir arwah… “Tak kenal dia, tapi ikut sedih”

Kemalangan maut membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, benar-benar meninggalkan kesan kepada hampir seluruh rakyat Malaysia ketika ini.

Meskipun bukan kenalan rapat, namun apabila mengenangkan keadaan mangsa ketika kejadian membuatkan kita ikut berduka dan terkilan.

Berkongsi luahannya di Tiktok, pemilik akaun bernama Amir Syafiq ada memuat naik sebuah video menyaksikan gambar tangkap layar mesej terakhir bersama dengan arwah salah seorang mangsa kemalangan iaitu Nasrun.

Bukan itu sahaja, Amir juga ada berkongsi muat naik gambar arwah sebelum terlibat dalam kemalangan bersama empat rakan lain.

Ujarnya, sahur pada hari itu terasa berbeza kerana dalam doanya selepas solat diselitkan sekali dengan nama penuh arwah.

Besar harapannya agar doa yang dikirimkan untuk arwah diangkat terus ke langit, malah sekiranya ada pahala untuk puasanya hari itu, dia juga ingin mengirimkannya kepada arwah

Menjengah ke ruangan komen, ramai mendoakan kebaikan buat arwah mangsa terlibat, namun tak kurang juga yang meluahkan rasa sebak mengenangkan tragedi yang menimpa.