{VIDEO} Protes kematian Mahsa Amini: Penjara di Iran terbakar

{VIDEO} Protes kematian Mahsa Amini: Penjara di Iran terbakar

Kebakaran dengan bunyi tembakan mencetus kekecohan di penjara Evin semalam, ketika gerakan protes yang berlaku susulan kematian Mahsa Amini ketika dalam tahanan memasuki minggu kelima.

Api dan kepulan asap dilihat menjulang ke udara, selain bunyi tembakan senjata api jelas kedengaran dalam rakaman video yang dikongsikan kumpulan hak asasi berpusat di Oslo, Hak Asasi Manusia Iran menerusi saluran Twitternya.

Maklumar terkini juga menyatakan terdapat empat korban nyawa telah dilaporkan akibat insiden berkenaan.