{VIDEO} Potong ‘Q’ punca dua lelaki bertumbuk berebut air dari lori tangki

{VIDEO} Potong ‘Q’ punca dua lelaki bertumbuk berebut air dari lori tangki

Potong ‘Q’ punca dua lelaki bertumbuk berebut air dari lori tangki.

Insiden paip pecah di kawasan Batu 7, Jalan Miri-Bintulu telah menjejaskan sejumlah 65,000 isi rumah di bandar tersebut.

Memandangkan tiada jangkaan tempoh kerja penyelengaraan akan siap, menyebabkan penduduk di kawasan terjejas berdepan kesukaran untuk mendapatkan sumber air, tambahan pula bagi yang tiada simpanan air di rumah.

Bagaimanapun, operasi penghantaran bekalan air di beberapa buah kawasan kini sedang giat dijalankan.

Namun, tular pula sebuah video menyaksikan pertelingkahan yang berlaku sewaktu lori air tiba di sebuah kawasan perumahan.

Detik kejadian dapat dilihat menerusi hantaran  di laman Tiktok, sekaligus menjadi perhatian ramai mengenangkan sikap mereka yang dianggap seperti budak-budak.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila salah seorang dari kalangan mereka memotong barisan menyebabkan dia ditampar dan ditolak di hadapan khalayak ramai.

Bagaimanapun, pergaduhan itu berjaya dileraikan oleh beberapa orang di situ sebelum insiden menjadi lebih teruk.