{VIDEO} PM jawab panggilan Erdogan ketika sidang akhbar tular

{VIDEO} PM jawab panggilan Erdogan ketika sidang akhbar tular

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima ucapan tahniah daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri yang ke-10.

Ucapan itu disampaikan melalui panggilan telefon sebaik sahaja Anwar tiba di Sungai Long Golf & Club House, di sini bagi sidang akhbar pertamanya sebagai Perdana Menteri.

Perbualan antara Anwar dan Erdogan turut dapat didengari media serta penyokong yang hadir pada sidang akhbar ini.

Anwar ketika perbualan itu berkata, beliau akan memastikan kerjasama Malaysia dan Turkiye diperkukuhkan lagi.