{VIDEO} Pernah hutang semasa hidup, wanita tak izin jenazah dimandikan sebelum waris bayar

{VIDEO} Pernah hutang semasa hidup, wanita tak izin jenazah dimandikan sebelum waris bayar

Pernah hutang semasa hidup, wanita tak izin jenazah dimandikan sebelum waris bayar.

Kita tahu bahawa tak semua orang di dunia ini mempunyai kehidupan yang baik, sehingga ada yang sanggup berhutang untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Pun begitu, janganlah pula kita lupa untuk melunaskannya kerana berat beban yang perlu ditanggung dibawa sampai akhir hayat, bahkan sehingga kita tiada pun ahli keluarga lah yang perlu menyelesaikan bayaran yang dibuat.

Mengambil iktibar dari perkongsian wanita ini, perkampungannya telah digemparkan dengan kisah menyayat hati bilamana jenazah individu yang baru sahaja meninggal dunia tidak dibenarkan untuk dimandikan.

Menurut pemilik akaun, sewaktu hayat arwah, dia pernah berhutang dan masih belum dilunaskan sehingga akhirnya ajal menjemput.

{VIDEO} Pernah hutang semasa hidup, wanita tak izin jenazah dimandikan sebelum waris bayar

Jadi, pemiutang berkenaan mengambil keputusan untuk menangguh pengurusan jenazah hingga waris atau ahli keluarga arwah menyelesaikan semuanya.

Mungkin kita nampak cara itu kejam, tetapi dari sudut lain dia hanya ingin memudahkan urusan arwah di kehidupan seterusnya kerana tahu betapa hebatnya azab menanti roh orang yang berhutang.