{VIDEO} “Pentingkan diri sendiri…” Gelojoh nak memotong, Proton X50 akhirnya terbalik

{VIDEO} “Pentingkan diri sendiri…” Gelojoh nak memotong, Proton X50 akhirnya terbalik

“Pentingkan diri sendiri…” Gelojoh nak memotong, Proton X50 akhirnya terbalik.

Kerap kali kemalangan yang berlaku melibatkan golongan individu yang tidak penyabar, memotong sesuka hati hingga akhirnya memakan diri.

Sama lah dengan satu video dashcam yang tular ini, menunjukkan sebuah kereta Proton X50 yang terbalik gara-gara terlampau kalut memotong dalam kesesakan jalan raya.

Perkongsian Utusan Online di Facebook menunjukkan X50 biru berkenaan yang dilihat terlampau kalut ingin memotong, dipercayai tergesa-gesa dan ingin mengelak sesak jalan raya.

Malang tak berbau, ketika X50 biru berkenaan dilihat ingin memotong Ativa putih di depan, ianya tak sengaja melanggar Ativa itu lalu terbabas dan terbalik di tengah jalan.

Rata-rata netizen bengang dengan sikap pemandu culas tersebut hingga melibatkan orang lain dalam kemalangan yang berlaku.

Malahan, ramai yang menyangka kemungkinan pemandu X50 biru itu tiba-tiba diserang sakit jantung hingga melulu cara pemanduannya dan membahayakan nyawa orang lain.