{VIDEO} Pencuri motosikal ‘kalut’ larikan diri lepas lihat tuan rumah pulang

{VIDEO} Pencuri motosikal ‘kalut’ larikan diri lepas lihat tuan rumah pulang

Pencuri motosikal ‘kalut’ larikan diri lepas lihat tuan rumah pulang.

Kecurian ini boleh berlaku pada bila-bila masa meskipun di hari yang cerah seperti waktu siang. Malah, kejadian ini juga boleh berlaku tanpa di jangka sudah dijaga dengan selamat.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok Malaysia Update News memaparkan rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah kawasan rumah.

Dalam video tersebut dapat dilihat dua orang lelaki duduk di atas motorsikal masing-masing namun siapa sangka salah seorang darinya merupakan pencuri.

Rakaman video berdurasi sembilan saat itu dapat juga memaparkan momen dua lelaki berkenaan terkejut membuatkan pencuri tersebut berlari dan meninggalkan motorsikal yang ingin dicuri.

Rata-rata warganet terhibur melihat momen tersebut. Malah mereka juga berseloroh bahawa lelaki berkenaan agak berlagak menjadi hero apabila berkongsi cerita kelak.