{VIDEO} Pemandu redah kesesakan guna siren diburu

{VIDEO} Pemandu redah kesesakan guna siren diburu

Pemandu redah kesesakan guna siren diburu. Polis sedang mengenal pasti pemandu kereta jenis Proton Preve yang meredah kesesakan jalan raya menggunakan lampu mata arah dan siren di Jalan Lapangan Terbang Subang baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, satu laporan polis telah dibuat hari ini kira-kira pukul 3 petang.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada 23 Februari lalu kira-kira pukul 6.30 petang. Kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan dan kecederaan kepada pengguna jalan raya.

“Kita telah mengenal pasti pemilik kenderaan tersebut dan telah merakam percakapan namun siasatan masih dijalankan kerana kenderaan tersebut telah dijual dan dipandu oleh individu lain ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

{VIDEO} Pemandu redah kesesakan guna siren diburu

Mengulas lanjut, pihaknya sedang mengenal pasti individu yang memandu kenderaan tersebut ketika kejadian dan siasatan dijalankan di bawah Kaedah 94 Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 serta Rule 24(ii) 170/59.

“Pihak polis juga ingin menasihatkan semua pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelak sebarang kejadian. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan video atau gambar yang boleh menimbulkan keresahan awam,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video berdurasi 13 saat yang memaparkan tindakan seorang pemandu meredah kesesakan jalan raya menggunakan lampu mata arah dan siren.

 

Turut baca