{VIDEO} “Pelik tetamu ramai sangat…” Rupanya ini yang berlaku

“Pelik tetamu ramai sangat…” Rupanya ini yang berlaku…
Aktiviti kunjung mengunjung sewaktu Aidilfitri amat sinonim dengan rakyat Malaysia.
Jika dahulu aktiviti seperti ini tidak dibenarkan kerana lonjakan kes harian Covid-19, kini tidak lagi selepas kerajaan melonggarkan beberapa SOP sepanjang sambutan Aidilfitri tahun ini.
Jika dapat kita lihat, media sosial turut dibanjiri dengan pelbagai gelagat orang ramai dapat menyambut perayaan di kampung bersama keluarga dan sanak saudara.
Tak dinafikan, ia ‘moment’ paling menyeronokkan, namun jangan tidak percaya dalam keseronokan itu ada juga dalam kalangan kita berdepan situasi bilamana tersilap berkunjung ke rumah keluarga.
Mungkin ia mustahil terjadi, tetapi hakikatnya kejadian tersebut telahpun berlaku kepada keluarga ini apabila kunjungannya ingin ke rumah atuk saudara bertukar pengalaman memalukan pula.
Menurut pemilik akaun, mengikut alamat yang diberi memang itulah rumah yang dimaksudkan.
Malah, sebelum semua pakat turun kereta pun salah seorang dari mereka sudah bertanyakan lanjut kepada pemilik rumah itu bagi memastikan alamat dan penama rumah itu adalah betul.
Walau bagaimanapun, tuan rumah luah hairan susulan melihat terlalu ramai sanak saudara yang datang berkunjung sehingga akhirnya terbongkar rupanya mereka salah rumah selepas melihat gambar atuk saudara yang dimaksudkan.
Lebih memalukan, difahamkan kesemua lima keluarga yang ada ketika itu pakat keluar dari rumah itu beramai-ramai selepas diberitahu akan kesilapan yang tak disengajakan itu.