{VIDEO} Peguam semakin koyak!!! Ramai pelik peguam kata Bella tertekan picu air, akak Cuckoo tampil beri penjelasan

{VIDEO} Peguam semakin koyak!!! Ramai pelik peguam kata Bella tertekan picu air, akak Cuckoo tampil beri penjelasan

Peguam semakin koyak!!! Ramai pelik peguam kata Bella tertekan picu air, akak Cuckoo tampil beri penjelasan.

Umum sedia tahu bahawa kini rakyat Malaysia sedang mengikut rapat kes penderaan dan penganiayaan yang berlaku ke atas remaja perempuan Sindrom Down bernama Bella.

Hampir setiap hari ada sahaja isu yang dibangkitkan oleh mereka yang rata-ratanya meluahkan kekeliruan terhadap segala fakta yang dihujahkan oleh barisan peguam mewakili Orang Kena Tuduh (OKT) iaitu Siti Bainun.

Terbaharu, kecoh di media sosial akan dakwaan peguam ke atas Bella, bilamana pihaknya memaklumkan bahawa remaja berkenaan tidak disimbah dengan air panas, sebaliknya dia terjatuh lalu tertekan picu air panas pada ‘water dispenser’.

Namun, siapa sangka ramai meragui kenyataan tersebut sehingga akhirnya masing-masing nekad melakonkan semula babak seperti dakwaan peguam terbabit.

Sepertimana yang dapat kita lihat, lakonan semula babak itu telahpun menjadi ‘trending’ terutamanya di Tiktok selain akui ianya sangatlah tidak masuk akal.

Kemudian, tampil pula salah seorang pengurus ‘water dispenser’ jenama air berkenaan melakukan hal yang sama sekaligus mempersoalkan semula kewajaran dakwaan peguam itu terhadap remaja Sindrom Down seperti Bella.