{VIDEO} Pecah lubang!! Peminta sedekah main judi, siap sorok telefon belakang tabung derma

{VIDEO} Pecah lubang!! Peminta sedekah main judi, siap sorok telefon belakang tabung derma

Pecah lubang!! Peminta sedekah main judi, siap sorok telefon belakang tabung derma.  Selamba sahaja main judi sambil meminta sedekah. Tidak hairanlah jika kita lihat semakin ramai rakyat Malaysia berasa was-was mahu menderma kepada golongan ini. Di sebalik muka kasihan dan pakaian compang-camping, ia bukan lagi lesen untuk memperoleh wang dari simpati orang ramai.

Seperti yang dikongsikan seorang pengguna TikTok yang menggunakan akaun CEO Cendol Tapai, seorang makcik peminta sedekah pecah tembelang apabila dilihat sedang leka bermain judi menerusi sebuah aplikasi di telefonnya.

Apa yang memeranjatkan, dia ketika itu sedang meminta sedekah di sebuah pasar malam tidak diketahui lokasinya, namun sempat berjudi dan menyorokkan telefon di belakang tabung derma.

“Jackpot! Jackpot!,” tulis pemilik video tersebut.

Video tersebut menarik perhatian ramai yang memberitahu peminta sedekah zaman sekarang tidak lagi boleh dipercayai kerana ada sahaja perangai buruk di sebalik muka kasihan itu.

Pada masa sama, mereka juga terhibur melihat makcik tersebut yang sudah pun kantoi tapi masih lagi berlagak seperti biasa.