{VIDEO} Panas !!! Penghibur jalanan berang penguatkuasa kacau tempat cari makan

{VIDEO} Panas !!! Penghibur jalanan berang penguatkuasa kacau tempat cari makan

Panas !!! Penghibur jalanan berang penguatkuasa kacau tempat cari makan. Setiap orang ada kepayahan masing-masing dalam mencari rezeki di luar sana. Bahkan ada yang sanggup ‘tebal muka’ menyanyi di tepi jalan atau memakai maskot untuk menghibur orang awam.

Bagi mereka, selama mana ia halal dan mampu memberi keuntungan untuk meneruskan kelangsungan hidup sudah memadai.

Walaubagaimanapun, mungkin ada segelintir pihak tidak menyenangi cara mereka berbuat demikian seperti yang menimpa seorang penghibur jalanan ini.

Dalam keadaan dirinya yang berpakaian ala ‘Jack Sparrow’ gagal menahan emosinya apabila tempatnya selama ini mencari rezeki diganggu oleh pihak berkuasa daerah itu.

Pun begitu, dia enggan beralah dan masih berdiri di situ mempertahankan haknya sebagai rakyat apabila pihak berkuasa seperti menyekat rezekinya dengan memintanya untuk pergi.

Melihat tindakan pihak berkuasa itu membuatkan rata-ratanya tidak berpuas hati kerana beranggapan ia tidak adil untuk seorang penghibur jalanan diperlakukan sebegitu.

Penghibur jalanan berang penguatkuasa kacau tempat cari makan