{VIDEO} Panas!!! Pelanggan mengamuk serang staf kurang ajar… Anak tampil cerita perkara sebenar

{VIDEO} Panas!!! Pelanggan mengamuk serang staf kurang ajar… Anak tampil cerita perkara sebenar

Panas!!! Pelanggan mengamuk serang staf kurang ajar… Anak tampil cerita perkara sebenar.

Sejak semalam, tular di platform Tiktok akan kekecohan yang dipercayai berlaku di pasar Kenanga.

Menerusi perkongsian salah seorang pengunjung di sana, memaparkan detik pertelingkahan melibatkan seorang pelanggan wanita dengan staf kedai yang juga merupakan warga asing.

Difahamkan, pertelingkahan berlaku berpunca daripada sikap staf terbabit apabila dengan selambanya menjerit dan meninggikan suaranya untuk bertanyakan tentang bayaran.

Disebabkan kelakuannya, wanita berkenaan terus menyerangnya dan bertanyakan motif dia bertindak sedemikian di hadapan orang awam, sedangkan boleh bercakap dengan cara baik.

Panas!!! Pelanggan mengamuk serang staf kurang ajar... Anak tampil cerita perkara sebenar

Tidak terhenti di situ, dalam video lain pula tampil anak kepada wanita berkenaan menceritakan perkara sebenar.

Ujarnya, selepas video kekecohan tular, emaknya menerima kecaman hebat daripada warganet sehingga ada yang menyamakan dia dengan kak Long 7E dan Siti Bainun.

Ia disebabkan oleh tindakan pemilik kedai dipercayai telah memutar belit cerita sebenar semata untuk menutup kesalahan stafnya, sedangkan kejadian berlaku sebaliknya.

Dedah anak kepada wanita itu lagi, staf tersebut juga dikatakan ada menyentuh lengan emaknya sewaktu kejadian.