{VIDEO} Panas !!! Baby Shima dituduh ‘tunggang agama’, pakai sopan buat ‘show’

{VIDEO} Panas !!! Baby Shima dituduh ‘tunggang agama’, pakai sopan buat ‘show’

Panas !!! Baby Shima dituduh ‘tunggang agama’, pakai sopan buat ‘show’.

Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima baru-baru ini seringkali dikecam kerana berpakaian terlalu seksi dan menari gelek semasa ‘open house’.

Kali ini dia lagi sekali dikecam netizen walaupun telah mengenakan pakaian sopan semasa membuat persembahan pentas dalam satu acara di Sabah.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 24, mengambil teguran itu dengan hati yang terbuka.

Menurut Shima, setiap perkara yang dilakukan akan dijadikan isu oleh netizen, menyanyi dan berdiri tegak pun turut akan dikecam oleh netizen tambahnya.

Selain itu, Shima juga menyatakan bahawa dia tidak marah dengan netizen yang memberi komen melampau seperti memaki-hamun dirinya dan mengambil perkara tersebut sebagai satu nasihat.

Shima juga menerangkan bahawa segelintir netizen suka menilai orang dari luaran dan sebaiknya tidak perlu menghakimi orang lain kerana takut perkara negatif tersebut berbalik kepada keluarga sendiri.