{VIDEO} Panas !!! Anggap macam judi, bekas ahli kumpulan nasyid In-Team ‘enggan’ keluar mengundi

{VIDEO} Panas !!! Anggap macam judi, bekas ahli kumpulan nasyid In-Team ‘enggan’ keluar mengundi

Anggap macam judi, bekas ahli kumpulan nasyid In-Team ‘enggan’ keluar mengundi. Bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad memaklumkan bahawa dia tidak akan turun mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November kelak.

Menerusi video Live yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna dikenali sebagai MatMeow di TikTok, Suhaimi Saad mendedahkan dia tidak akan mengundi kerana mengundi itu adalah satu perjudian.

Korang mengundi sebab korang rasa itu wajib, esok Allah tanya korang jawablah. SS (Suhaimi Saad) tak fikir macam tu. Aku bumi pun tak sama macam korang. Korang tahu tak orang yang mengundi ambil calon tu keluarkan wang pertaruhan. Judi tahu tak.

Tak kira lah parti mana pun. Tanya betul tak ada wang pertaruhan. Kalau kalah hangus duit tu. Judi tak? Judi.

Dalam pada itu, suami kenapa Ina Naim mengatakan bahawa dia tidak pernah memaksa orang lain untuk mengundi kerana cara pemikirannya mengenai agama berbeza daripada orang lain.

Itu pemimpin-pemimpin yang berjudi tu korang nak angkat jadi pemimpin? Wakil-wakil rakyat tu? Sorry lah.

Jangan larang aku cakap tak undi lah. Jangan tak apa-apalah. Cara kau fikir tak sama dengan SS. Watch out nak mengundi silakan. Esok jawab sendiri depan Allah.

Video penuh :