{VIDEO} Orang ramai luah kekesalan, ambulans dihalang 2 anggota trafik

{VIDEO} Orang ramai luah kekesalan, ambulans dihalang 2 anggota trafik

Orang ramai luah kekesalan, ambulans dihalang 2 anggota trafik. Menghormati tugasan mana-mana profesion sememangnya tanggungjawab semua, namun apabila ada segelintir berbuat masalah tak enak rasanya didengar, lebih-lebih lagi apabila profesion itu melibatkan anggota beruniform.

Bukan sekali dua telah ditegur, nampaknya hal itu kembali berulang bilamana anggota yang menjaga laluan trafik menghalang laluan ambulans membawa pesakit.

Detik kejadian ada dikongsikan di Tiktok, yang memaparkan tindakan dua orang anggota trafik menahan ambulans semata ingin memberi laluan kepada konvoi VVIP.

Lebih tergamak, ambulans itu juga sudah membuka sirennya menandakan ada kecemasan yang memerlukan pihaknya bergegas tetapi dihalang pula, sementara kenderaan lain terlebih dahulu sudah ke tepi memberi laluan.

Walaupun sudah sering kali terjadi, pihak bertanggungjawab masih tidak memandang ia sebagai perkara yang patut dibaiki, menyebabkan orang ramai meluahkan kekesalan terhadap kejadian itu.

 

Turut baca