{VIDEO} Niat nak minta sedekah, sekali pemuda tunjuk kad OKU, ini terjadi selepas itu

{VIDEO} Niat nak minta sedekah, sekali pemuda tunjuk kad OKU, ini terjadi selepas itu

Niat nak minta sedekah, sekali pemuda tunjuk kad OKU, ini terjadi selepas itu.

Semangat golongan kurang upaya ini sememangnya sangat dikagumi. Mana tidaknya, walau serba kekurangan namun mereka tidak pernah putus asa mencari rezeki halal dengan usaha sendiri.

Lebih kagum lagi apabila mereka ini tidak pernah meminta simpati atau bantuan dari orang lain selagi kudart mereka masih ada.

Sama seperti video dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai Saleemzalzalah ini apabila memaparkan seorang lelaki mengeluarkan kad OKU miliknya kepada seorang kanak-kanak.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut datang menghampirinya untuk meminta sedekah namun pemuda berkenaan menjukkan kad berkenaan membuatkan budak perempuan itu terkedu.

Bagaimanapun, Saleemzalzalah memaklumkan bahawa mereka tetap memberi sedekah kepada kanak-kanak berkenaan kerana tahu ganjaran yang bakal diperolehinya.

“Apa-apa pun kami tetap memberi. Bersedekah pada bulan Ramadan, insyaAllah murah rezeki,” tulisnya.

wWrganet terhibur melihat cara pemuda berkenaan membalas dendam. Malah, segelintir mereka yang mengakui sebagai OKU juga turut akan melakukan perkara yang sama kelak.