{VIDEO| Niaga depan rumah je pun… Lelaki mengamuk setelah tahu bakal berdepan tindakan

{VIDEO| Niaga depan rumah je pun… Lelaki mengamuk setelah tahu bakal berdepan tindakan

Niaga depan rumah je pun… Lelaki mengamuk setelah tahu bakal berdepan tindakan.

Disebabkan tiada lesen niaga, perniagaan sepasang suami isteri di hadapan rumahnya diganggu oleh pihak berkuasa.

Niaga depan rumah je pun... Lelaki mengamuk setelah tahu bakal berdepan tindakan

Sepertimana yang dikongsikan oleh kaki_panas di Tiktok, kelihatan barang niaga mereka berterabur di atas jalan.

Sambil membersihkan makanan yang jatuh, kedengaran suara wanita di dalam video menangis teresak-esak mengenangkan nasib diri pada hari itu, bukan sahaja bakal diambil tindakan. malah turut mengalami kerugian kerana semua jualannya tidak dapat diselamatkan.

Niaga depan rumah je pun... Lelaki mengamuk setelah tahu bakal berdepan tindakan

Menurut pemilik akaun, video tersebut diperoleh dari ‘group’ Whatsapp yang mana kejadian itu dipercayai berlaku di Johol, Kuala Pilah.

Sementara itu, dalam perkongsian lain pula menyaksikan detik kekecohan berlaku, bilamana suami kepada wanita berkenaan mengamuk selepas mendapati bakal berdepan tindakan, walhal hanya berniaga di hadapan rumah.

Ramai beranggapan bahawa tindakan pihak berkuasa itu tidak wajar kerana sudah melampaui batas.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang laporan atau makluman dikeluarkan oleh mana-mana pihak bagi memperjelaskan video yang tular itu.