[VIDEO] Ngeri!!! Dua motosikal bergesel, nyaris digilis lori

[VIDEO] Ngeri!!! Dua motosikal bergesel, nyaris digilis lori

Ngeri!!! Dua motosikal bergesel, nyaris digilis lori.

Tular sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan detik kejadian dimana dua buah motosikal bergesel sesama sendiri sebelum seorang penunggang tercampak ke jalan raya.

Menerusi perkongsian portal MotoMalaya di laman facebook pagi tadi, kejadian tersebut dikatakan berlaku di Segamat, Johor semalam.

Berdasarkan rakaman yang dimuat naik, kenderaan tersebut dilihat ditunggang secara berkumpulan dipercayai dalam keadaan laju sebelum sebuah motosikal dari arah belakang melanggar sisi sebuah motosikal lain menyebabkannya terbalik.

Lebih mengerikan, apabila keadaan jalan raya ketika itu penuh dengan kenderaan dari kedua-dua arah sehingga penunggang terbabit nyaris dirempuh sekali gus menyebabkan ramai ‘kecut perut’ setelah menonton video tersebut.

“Allah, buat semua penunggang motosikal, sila bawa dengan hati-hati, jangan memotong di lorong larangan, jaga had laju, mujur tak digilisnya dengan treler yang lalu sebelum itu, ngeri aku tengok video ini, moga penunggang tersebut selamat,” ujar Zaidi Mat Nawi.

“Ini geng konvoi motor, semua jenis suka masuk celah-celah kereta, tunjuk hebat, dah jadi macam ini, putih mata tengok, tolong la sayang nyawa anda, aku yang tengok ini pun seram sejuk, risau kena gilis,” komen Malik.