{VIDEO} Netizen persoal pengantin lelaki pegang ‘phone’ atas pelamin – “Kahwin paksa ke ni?”

{VIDEO} Netizen persoal pengantin lelaki pegang ‘phone’ atas pelamin – “Kahwin paksa ke ni?”

Netizen persoal pengantin lelaki pegang ‘phone’ atas pelamin – “Kahwin paksa ke ni?”. Menjadi raja sehari pastinya bak impian jadi realiti oleh setiap pasangan bercinta. Mana taknya, orang yang dikasihi akhirnya sah menjadi pasangan sehidup semati.

Namun lain pula halnya dengan satu video yang tular ini, menunjukkan sepasang pengantin yang nampak terpaksa semasa bersanding?.

Perkongsian di Tiktok menimbulkan tanda tanya ramai apabila gelagat dan reaksi kedua pengantin umpama tidak gembira dan bagaikan perkahwinan terancang oleh keluarga.

Susulan dari telahan netizen yang tidak tepat, wanita ini tampil menjelaskan bahawa kemungkinan pengantin kepenatan pada hari tersebut hingga timbul reaksi sebegitu. Turut menegaskan tiada istilah kahwin paksa kerana mereka berdua saling mencintai antara satu sama lain.

Malahan wanita ini turut memuat naik beberapa video lain menunjukkan kedua pengantin nampak gembira sambil menari dalam majlis yang sedang berlangsung.

Netizen tertanya-tanya adakah ini merupakan perkahwinan secara paksa memandangkan kedua pengantin nampak seperti membuat hal masing-masing.

Namun, masih ada yang bersangka baik dengan mengatakan kemungkinan pengantin kepenatan pada hari tersebut hingga terlupa bahawa mereka sedang diraikan.

Turut baca