{VIDEO} Nasib baik gaiss… Gadis kongsi pengalaman dilanggar pamandu mengantuk ketika pulang kampung

{VIDEO} Nasib baik gaiss… Gadis kongsi pengalaman dilanggar pamandu mengantuk ketika pulang kampung

Nasib baik gaiss… Gadis kongsi pengalaman dilanggar pamandu mengantuk ketika pulang kampung.

\Ketika ini pastinya aliran trafik sesak dari setiap pelusuk lebuh raya memandangkan orang ramai pulang ke kampung bagi menyambut hari raya Aidilfitri lagi yang bakal tiba.

Dalam teruja pulang ke kampung, pastinya setiap pemandu akan sentiasa berhati-hati ketika memandu bagi mengelakkan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Namun malang tidak berbau, itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Fiyna apabila berkongsi kisah menjadi mangsa kemalangan akibat kelalaian orang lain ketika hendak pulang ke kampung pada 28 April lalu.

Menurut gadis berkenaan, dia bersama bapanya dalam perjalanan dari Shah Alam ke Kelantan bagaimanapun kereta yang baru diambil tiga minggu lalu tiba-tiba berpusing kerana dilanggar pemandu lain.

Walau bagaimanapun, Fiyna bersyukur apabila mereka sekeluarga tidak mengalami cedera parah sebaliknya hanya lebam-lebam di badan.

 

Dalam video yang lain, Fiyna memaklumkan keretanya itu dilanggar oleh sebuah kereta berjenama Honda dari arah berlakang dengan kelajuan 200 gara-gara pemandunya terlelap ketika memandu.

Meskipun begitu, bapanya juga meluahkan syukur kerana anak-anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan meskipun kereta yang dibeli masih lagi baru.

Fiyna juga berpesan kepada semua pemandu agar berhati-hati ketika memandu serta berehat jika penat dan mengantuk agar tidak menyusahkan orang lain.

Rata-rata warganet mendoakan agar urusan gadis ini dan keluarganya dipermudahkan.

Malah mereka juga meluahkan rasa syukur apabila semuanya dalam keadaan selamat meskipun baru terlibat dalam kemalangan.